Wednesday, 27 June 2012


3.0 Mulakan Dengan Angan-Angan


Salam sejahtera semua.

'Memilik rumah sendiri adalah impian semua manusia'

Cuba kita renungkan, antara semua pelaburan bagi seorang manusia, yang 
paling mahal selalunya adalah aset bagi rumah kediaman.Dengan harga 
sebuah rumah kos rendah di Malaysia sekarang dalam lingkungan RM48 ribu 
hingga ke kediaman ultra mewah RM jutaan ringgit.

Bukan kereta, bukan golf set, bukan aksesori kereta ataupun barang kemas dll.
Jadi adalah berbaloi untuk kita fahami jika tidak semua, sebahagian proses 
dalam menyiapkan rumah tersebut.

Dan jika anda perlu tahu, proses pertama tersebut adalah berangan-angan! 
Ya, betulll... sebab itu salah satu keperluan asasi seorang Arkitek adalah 'kreativiti'. 
Kami mulakan dengan berangan-angan dalam mereka bentuk sesuatu projek. 
Dari angan-angan menjadi impian, dari impian menjadi cita-cita dan dari 
cita-cita diikuti dengan usaha gigih untuk anda miliki 'rumah idaman'.

Jadi macamana untuk memulakan dengan angan-angan? Pastikan anda ikuti 
angan-angan ini dengan betul dan iltizam yang bersungguh-sungguh. Jika tidak 
ia akan menjadi angan-angan pak pandir pulak.

Jom!!!...Kita Mula Berangan-Angan Sekarang.

Mmmmm.... tarik nafas, hembus nafas (kepada si perokok, tarik nafas hembus 
asap....saya sedang cuba berenti sekarang). Sila amati skrip seorang bakal 
pemilik rumah baru cuba nak berangan-angan.

"Aku nak beli tanah di kawasan ni, dengan harga sekian. Boleh keluar 
duit KWSP dengan pinjaman dari bank kepala bapak rimau dengan 
anggaran sekian. Lepas tu dengan keluasan tanah sekian aku kena buat 
rumah dua tingkat. Pasal sekarang anak dua orang baru, Mem Besar kata 
kuota lagi tiga. Lepas tu mesti dia nak tutup kilang.Sebelum aku pencen 
baki tanah kat belakang aku nak tambah buat renovation.

Rumah plak aku nak style kampung tapi Mem Besar mesti nak ada tiang 
roman, ish.. buruk betul. Ruang tamu aku nak luas, bilik tidur ada 5 siap 
dengan tandas sendiri.Dapur Mem cakap nak besar siap dia boleh berlari 
lagi dalam tu. Alamak, ni semua cukup budjet ke nak buat. Lepas ni mesti 
kena cari orang buat pelan nih.... Berapa diorang charge nih? Lama tak nak 
dapat kelulusan majlis daerah dgn jkr...dah lulus pelan kena cari kontraktor 
plak. 

Ni camne aku nak tau kontraktor masuk harga betul ni. Nanti harga kene 
sembelih, naya aku kena bayar loan bank 20 tahun. Pastu dia buat kerja betul 
tak? Besi dia pasang cukup tak? Silap dia pasang atap nanti...runtuh. Naya 
aku. Yang buat kerja, macam mana aku nak tau dia buat sepadan dengan 
nilai aku bayar rumah tu. 

Nanti nak cari tile lantai dengan dinding yang macam mana? Cat rumah 
nati warna apa. Mem aku mesti nak cabinet dapur dengan bilik air yang cun 
punye. Sapa plak nak buat kerja dalam rumah camtu.

Lepas siap macam mana dengan CF. Banyak betul orang kompelin tak 
dapat CF nih. Laaa..... rupanya bukan senang nak buat rumah sendiri nih. 
Banyak betul masalah.....arrrghh..Tensiooooon.."


Realiti Angan-Anganku.

Jadi kita boleh nampak sekarang, untuk menjadikan angan-angan ini satu realiti 
bukannya mudah. Tetapi anda boleh menarik nafas lega atas fakta bahawa di 
Malaysia industri pembinaan adalah satu industri yang telah matang dan mempunyai 
tatacara kerja, pemain industri dan undang-undang yang berkenaan bagi 
memastikan ianya berjalan lancar.

Melalui blog ini anda boleh mempelajari secara am apa yang perlu anda lakukan 
bagi mendapat pulangan maksima atas duit yang akan anda laburkan.

Semua persoalan biasa (FAQ) yang saya gariskan diatas akan saya sentuh satu 
persatu mengikut turutan yang sepatutnya dengan bahasa mudah untuk rakyat 
marheim fahami.Sila ikuti dan jika berminat untuk bertanya soalan sepanjang 
perjalanan adventur dalam blog ini.


Ok, masa untuk saya rehat pulak,  'to be continued, take 5 dulu'....

Pemberitahuan : 'Blog ini adalah sebagai panduan sahaja. Anda perlu melantik 
                               mereka yang layak sebagaimana undang-undang berkenaan
                               untuk proses yang sebenar'

No comments:

Post a Comment