Wednesday 27 June 2012


3.0 Mulakan Dengan Angan-Angan


Salam sejahtera semua.

'Memilik rumah sendiri adalah impian semua manusia'

Cuba kita renungkan, antara semua pelaburan bagi seorang manusia, yang 
paling mahal selalunya adalah aset bagi rumah kediaman.Dengan harga 
sebuah rumah kos rendah di Malaysia sekarang dalam lingkungan RM48 ribu 
hingga ke kediaman ultra mewah RM jutaan ringgit.

Bukan kereta, bukan golf set, bukan aksesori kereta ataupun barang kemas dll.
Jadi adalah berbaloi untuk kita fahami jika tidak semua, sebahagian proses 
dalam menyiapkan rumah tersebut.

Dan jika anda perlu tahu, proses pertama tersebut adalah berangan-angan! 
Ya, betulll... sebab itu salah satu keperluan asasi seorang Arkitek adalah 'kreativiti'. 
Kami mulakan dengan berangan-angan dalam mereka bentuk sesuatu projek. 
Dari angan-angan menjadi impian, dari impian menjadi cita-cita dan dari 
cita-cita diikuti dengan usaha gigih untuk anda miliki 'rumah idaman'.

Jadi macamana untuk memulakan dengan angan-angan? Pastikan anda ikuti 
angan-angan ini dengan betul dan iltizam yang bersungguh-sungguh. Jika tidak 
ia akan menjadi angan-angan pak pandir pulak.

Jom!!!...Kita Mula Berangan-Angan Sekarang.

Mmmmm.... tarik nafas, hembus nafas (kepada si perokok, tarik nafas hembus 
asap....saya sedang cuba berenti sekarang). Sila amati skrip seorang bakal 
pemilik rumah baru cuba nak berangan-angan.

"Aku nak beli tanah di kawasan ni, dengan harga sekian. Boleh keluar 
duit KWSP dengan pinjaman dari bank kepala bapak rimau dengan 
anggaran sekian. Lepas tu dengan keluasan tanah sekian aku kena buat 
rumah dua tingkat. Pasal sekarang anak dua orang baru, Mem Besar kata 
kuota lagi tiga. Lepas tu mesti dia nak tutup kilang.Sebelum aku pencen 
baki tanah kat belakang aku nak tambah buat renovation.

Rumah plak aku nak style kampung tapi Mem Besar mesti nak ada tiang 
roman, ish.. buruk betul. Ruang tamu aku nak luas, bilik tidur ada 5 siap 
dengan tandas sendiri.Dapur Mem cakap nak besar siap dia boleh berlari 
lagi dalam tu. Alamak, ni semua cukup budjet ke nak buat. Lepas ni mesti 
kena cari orang buat pelan nih.... Berapa diorang charge nih? Lama tak nak 
dapat kelulusan majlis daerah dgn jkr...dah lulus pelan kena cari kontraktor 
plak. 

Ni camne aku nak tau kontraktor masuk harga betul ni. Nanti harga kene 
sembelih, naya aku kena bayar loan bank 20 tahun. Pastu dia buat kerja betul 
tak? Besi dia pasang cukup tak? Silap dia pasang atap nanti...runtuh. Naya 
aku. Yang buat kerja, macam mana aku nak tau dia buat sepadan dengan 
nilai aku bayar rumah tu. 

Nanti nak cari tile lantai dengan dinding yang macam mana? Cat rumah 
nati warna apa. Mem aku mesti nak cabinet dapur dengan bilik air yang cun 
punye. Sapa plak nak buat kerja dalam rumah camtu.

Lepas siap macam mana dengan CF. Banyak betul orang kompelin tak 
dapat CF nih. Laaa..... rupanya bukan senang nak buat rumah sendiri nih. 
Banyak betul masalah.....arrrghh..Tensiooooon.."


Realiti Angan-Anganku.

Jadi kita boleh nampak sekarang, untuk menjadikan angan-angan ini satu realiti 
bukannya mudah. Tetapi anda boleh menarik nafas lega atas fakta bahawa di 
Malaysia industri pembinaan adalah satu industri yang telah matang dan mempunyai 
tatacara kerja, pemain industri dan undang-undang yang berkenaan bagi 
memastikan ianya berjalan lancar.

Melalui blog ini anda boleh mempelajari secara am apa yang perlu anda lakukan 
bagi mendapat pulangan maksima atas duit yang akan anda laburkan.

Semua persoalan biasa (FAQ) yang saya gariskan diatas akan saya sentuh satu 
persatu mengikut turutan yang sepatutnya dengan bahasa mudah untuk rakyat 
marheim fahami.Sila ikuti dan jika berminat untuk bertanya soalan sepanjang 
perjalanan adventur dalam blog ini.


Ok, masa untuk saya rehat pulak,  'to be continued, take 5 dulu'....

Pemberitahuan : 'Blog ini adalah sebagai panduan sahaja. Anda perlu melantik 
                               mereka yang layak sebagaimana undang-undang berkenaan
                               untuk proses yang sebenar'


2.0 Kenapa Blog Ini Wujud


Salam sejahtera semua,

'Bila dah kenal, maka baru baru boleh bercinta'

Saya bukan seorang peguam, jadi kali pertama bila perlu berurusan dengan 

peguam maka ada bermacam perasaan ada, rasa takut, rasa keliru, rasa 
resah dll. Bila telah sendiri berjumpa maka segala perasaan tersebut hilang 
dan sekarang beberapa orang kawan baik saya adalah PEGUAM. Jadi 
saya rasa adalah penting untuk kita berkenalan supaya akhirnya dapat 
menjadi kawan.

Nama saya Mohd Shahrer bin Hj. Mohd Zin dan sekarang berkerja sebagai 

Arkitek Bersekutu (Associate Architect) bagi disalah sebuah firma arkitek 
di Kuala Lumpur.

Dilahir dan membesar di Kuala Terengganu, menerima pelajaran menengah 

di Sekolah Menengah di Daerah Dungun, Terengganu. Memperolehi 
Diploma Senibina di Institut Teknologi MARA pada 1994/5, Watikah Tauliah 
Regimen Askar Wataniah 1994 dan Ijazah Senibina (kepujian) di Universiti 
Teknologi MARA pada tahun 1999.

Sekarang saya adalah ahli Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dengan nombor 

pendaftaran AG/M 438 dan sedang berusaha untuk lulus peperiksaan LAM 
Part 3. Berikut adalah pengalaman kerja saya.

Tahun                     Jawatan                                      Firma  
1994 – 1995 :       Technical Assistant                    di Wangsa Maju, Kuala Lumpur
1996 – 1997 :       Technical Assistant                    di Petaling Jaya, Selangor
1999 – 2005 :       Project Architect                        di Kuala Terengganu
2005 – 2009 :       Associate Architect                   
di Kuala Terengganu
2009 – 2011 :       Associate Architect                   
di Kuala Terengganu
2011 - Skrg          Associate Architect                    di Melawati, Kuala Lumpur

Dibawah adalah sebahagian (bukan semua) pengalaman dan portfolio 

projek kerja saya :


di Wangsa Maju, Kuala Lumpur
1.Stadium Squash untuk Sukan Kommenwealth (RM60million)
2. Akademi Tentera Malaysia (ATMA) di Kem Sungai Besi,
di Petaling Jaya, Selangor 
1. Markas Briged & Komponen Briged Ke 7, di Skudai
di Kuala Terengganu 
1. Masterplan bagi Kolej Universiti Terengganu KUSTEM
2. 10 Blok Hostel KUSTEM, Kuala Terengganu
3. Pusat Pelajar di KUSTEM, Kuala Terengganu
4. 94 Unit Banglo di Gong Badak 5, Kuala Terengganu
5. Pusat Sains Negeri Terengganu di Kubang Ikan
6. Kompleks Membeli Belah Mesra Mall di Mukim Paka, Daerah Dungun
7. Hotel FELDA di Kuala Terengganu
di Kuala Terengganu 
1. Pasar Baru Kedai Buloh, Kuala Terengganu
2. Parcel C, Kompleks Sukan di Taman Ilmu, Bukit Keluang/Dendong, Mukim Tembila, Daerah Besut
3. Terminal Agro (Pasar Borong Negeri) Terengganu, Mukim Bukit Payung/Alur Limbat, Daerah Marang
4. Satu Blok 10 Unit Kedai Pejabat 2 Tingkat Daerah Hulu Terengganu
5. Naiktaraf Terminal Pengangkutan Bas Kuala Terengganu Kuala Terengganu
6. Rekabentuk Hospital Daerah Marang secara Design & Built
7. Merekabentuk Dataran Kuala Terengganu
8. Merekabentuk Satu Blok 4 Tingkat Kedai Pejabat di Jalan Paka, Daerah Dungun
9. Menaiktaraf Bangunan Pentadbiran, Kejuruteraan, Kantin & Surau di Mukim Kerteh, Daerah Kemaman
10.Pembangunan Pulau Che Wan Dagang, Daerah Kemaman
11.Pembangunan Industri Marin di Pesisir Pantai  Daerah Marang
12.Naiktaraf Pejabat Crucial (M) Sdn.Bhd di Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu
13.Pembangunan Ladang Ternakan Kambing di Mukim Tersat, Daerah Hulu Terengganu
14.Pejabat Daerah Agensi Penguatkuasaan Maratim Malaysia Daerah Kuala Terengganu


di Melawati, Kuala Lumpur
1.   Bangunan Tambahan Projek IBS SMK RPM Tg. Fauziah, Padang Besar, Perlis
2.   16 Unit Kedai Teres 3 Tingkat, Mukim Plentong, Johor
3.   Kolej Komuniti Pekan, Daerah Pekan, Pahang
4.   102 Unit Rumah Teres 2 Tingkat Fasa 6 D’Kayangan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
5.   Sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan  Yong Peng, Mukim Tanjung Sembrong, Johor
6.   80 Unit Rumah Kluster Dan 30 Unit Semi Detach, Fasa 5B, Taman Seri Austin, Mukim Tebrau, Johor 
7.   Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas  Malaysia (SMART) dan Institusi Pengurusan Krisis dan Bencana Negara (IPKBN) Fasa 3 dan  4, Sepang, Selangor 
8.   Student Village Developments, Bandar Seri Alam, Johor 
9.   20 Tingkat Aparmen Kos Tinggi, Johor Bharu .
10. 11 Unit Kedai Pejabat, Mukim Tebrau, Johor 
11. Kem Batallion Ke 24, Regimen Askar Melayu, Ipoh, Perak
12. 1 Blok Pangsapuri Kos Rendah 5 Tingkat, Seksyen U11, Shah Alam.
13. 43 Unit Rumah Teres Dua Tingkat, Seksyen U11, Shah Alam
14. Taman Tasik Perdana, Seksyen 7, Kelana Jaya, Selangor
15. Pejabat 3 Tingkat & Dewan Serbaguna, Mukim Batang Padang, Tapah, Perak.


Kerana anda dah kenali saya, maka sekarang bolehlah kita mula bercinta.... uumm mula berkawan dan belajar tips membina rumah.

Monday 25 June 2012


01. Salam Pengenalan

'Ingin mengetahui tips untuk membina rumah sendiri - ini adalah blog untuk anda'

'Kadetttt.......awal mula pertama mula........' (adus..mok...oii, berapa banyak mula da...). itulah ayat kegemaran pegawai latih saya di padang kawad apabila hendak mulakan pelajaran baru.

copy berita harian
                                                      illustrasi diatas adalah angan-angan pengarang sahaja.

Oleh itu sama Blog ini dibuat untuk mereka yang ingin mengetahui 'tips' atau cara asas untuk.....

     1. merekabentuk rumah sendiri.
     2. membina rumah sendiri.
     3. melantik dan berurusan dengan konsultan berkenaan.
     4. membaca pelan arkitek dan jurutera.
     5. melantik dan berurusan dengan kontraktor.
     6. berurusan dengan pihak berkuasa tempatan.
     7. membuat nilaian kos pembinaan.
     8. membaca kos pembinaan.
     9. perjalanan projek semasa pembinaan.
   10. mengenali dan memilih bahan binaan.
   11. undang-undang dan kontrak pembinaan.
   12. mengetahui tip cara apa-apa lah yang anda nak ketahui untuk bina rumah sendiri.....
maka  ini adalah blog yang anda perlu ikuti........

Jeng jeng jenggg.......... take 5 dulu la.

Sambung esok lak.......


                       "Blog ini adalah sebagai panduan sahaja. Anda perlu melantik mereka yang
                        layak sebagaimana Undang-Undang berkenaan untuk proses sebenar"  
     

salam sejahtera semua

salam sejahtera semua.

saya sebagai pengamal ilmu senibina (nama glamor orang kampung 'Architecture') selama 17 tahun+- (mok oii... sekejapnya. itu xcampur lagi 6 tahun nak dapat diploma & ijazah Senibina) merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya.
ini kerana terlalu banyak salahfaham dan kekeliruan dari mereka yang bukan ahli ilmuan ini (layman) dalam proses merekabentuk dan membina rumah sendiri.


dari pengalamanan saya, dengan penerangan yang terang dan jelas, maka barulah bakal pemilih rumah ini faham akan masalah dan kesukaran dalam melalui proses tersebut.diharap blog ini dapat menjadi panduan kepada tuan / puan untuk memulakan langkah pertama kearah membina rumah impian anda. namun begitu saya ingatkan blog ini adalah sebagai panduan sahaja. ia bukan rujukan muktahir anda. jika anda ingin membuat rumah sendiri maka lantiklah juruperunding dan kontraktor yang berdaftar bagi mengelak kekeliruan dan salah faham dalam proses kompleks ini.



sekian, kita berjumpa semula selepas ini.

salam
admin TBR