3.0 Mulakan Dengan Angan-Angan
Salam
sejahtera semua.
'Memilik
rumah sendiri adalah impian semua manusia'
Cuba
kita renungkan, antara semua pelaburan bagi seorang manusia, yang
paling mahal selalunya adalah aset bagi rumah kediaman.Dengan
harga
sebuah rumah kos rendah di Malaysia sekarang dalam lingkungan
RM48 ribu
hingga ke kediaman ultra mewah RM jutaan ringgit.
Bukan kereta, bukan
golf set, bukan aksesori kereta ataupun barang kemas dll.
Jadi adalah berbaloi untuk kita
fahami jika tidak semua, sebahagian proses
dalam menyiapkan rumah tersebut.
Dan
jika anda perlu tahu, proses pertama tersebut adalah berangan-angan!
Ya, betulll... sebab itu salah satu keperluan asasi seorang Arkitek adalah 'kreativiti'.
Kami mulakan dengan
berangan-angan dalam mereka bentuk sesuatu projek.
Dari angan-angan menjadi
impian, dari impian menjadi cita-cita dan dari
cita-cita diikuti dengan
usaha gigih
untuk anda miliki 'rumah idaman'.
Jadi
macamana untuk memulakan dengan angan-angan? Pastikan anda ikuti
angan-angan
ini dengan betul dan iltizam yang bersungguh-sungguh. Jika tidak
ia akan
menjadi angan-angan
pak pandir pulak.
Jom!!!...Kita
Mula Berangan-Angan Sekarang.
Mmmmm....
tarik nafas, hembus nafas (kepada si perokok, tarik nafas hembus
asap....saya sedang cuba berenti sekarang). Sila amati skrip seorang bakal
pemilik rumah baru cuba nak berangan-angan.
"Aku nak beli tanah di kawasan ni,
dengan harga sekian. Boleh keluar
duit KWSP dengan pinjaman dari bank kepala bapak rimau dengan
anggaran sekian. Lepas tu dengan keluasan tanah sekian aku kena buat
rumah dua tingkat. Pasal sekarang anak dua orang baru, Mem Besar kata
kuota lagi tiga. Lepas tu mesti dia nak tutup kilang.Sebelum aku pencen
baki tanah kat belakang aku nak tambah buat renovation.

Rumah
plak aku nak style kampung tapi Mem Besar mesti nak ada
tiang
roman, ish.. buruk betul. Ruang tamu aku nak luas, bilik tidur ada 5 siap
dengan tandas sendiri.Dapur Mem cakap nak besar siap dia boleh berlari
lagi dalam tu. Alamak, ni semua cukup budjet ke nak buat. Lepas ni mesti
kena cari orang buat pelan nih.... Berapa diorang charge nih? Lama tak nak
dapat kelulusan majlis daerah dgn jkr...dah lulus pelan kena cari kontraktor
plak.

Ni
camne aku nak tau kontraktor masuk harga betul ni. Nanti harga kene
sembelih, naya aku kena bayar loan bank 20 tahun. Pastu dia buat kerja betul
tak? Besi dia pasang cukup tak? Silap dia pasang atap nanti...runtuh. Naya
aku. Yang buat kerja, macam mana aku nak tau dia buat sepadan dengan
nilai aku bayar rumah tu.

Nanti
nak cari tile lantai dengan dinding yang macam mana? Cat rumah
nati warna apa. Mem aku mesti nak cabinet dapur dengan bilik air yang cun
punye. Sapa plak nak buat kerja dalam rumah camtu.
nati warna apa. Mem aku mesti nak cabinet dapur dengan bilik air yang cun
punye. Sapa plak nak buat kerja dalam rumah camtu.
Lepas
siap macam mana dengan CF.
Banyak betul orang kompelin tak
dapat CF nih. Laaa..... rupanya bukan senang nak buat rumah sendiri nih.
Banyak betul masalah.....arrrghh..Tensiooooon.."
dapat CF nih. Laaa..... rupanya bukan senang nak buat rumah sendiri nih.
Banyak betul masalah.....arrrghh..Tensiooooon.."
Realiti
Angan-Anganku.
Jadi
kita boleh nampak sekarang, untuk menjadikan angan-angan ini satu realiti
bukannya mudah. Tetapi anda boleh menarik nafas lega atas fakta bahawa di
Malaysia industri pembinaan adalah satu industri yang telah matang dan mempunyai
tatacara kerja, pemain industri dan undang-undang yang berkenaan bagi
memastikan ianya berjalan lancar.

Melalui
blog ini anda boleh mempelajari secara am apa yang perlu anda lakukan
bagi mendapat pulangan maksima atas duit yang akan anda laburkan.
bagi mendapat pulangan maksima atas duit yang akan anda laburkan.
Semua
persoalan biasa (FAQ) yang saya gariskan diatas akan saya sentuh satu
persatu mengikut turutan yang sepatutnya dengan bahasa mudah untuk rakyat
marheim fahami.Sila ikuti dan jika berminat untuk bertanya soalan sepanjang
perjalanan adventur dalam blog ini.
persatu mengikut turutan yang sepatutnya dengan bahasa mudah untuk rakyat
marheim fahami.Sila ikuti dan jika berminat untuk bertanya soalan sepanjang
perjalanan adventur dalam blog ini.
Ok,
masa untuk saya rehat pulak, 'to be continued, take 5 dulu'....
Pemberitahuan
: 'Blog ini adalah sebagai panduan sahaja. Anda perlu melantik
mereka yang layak sebagaimana undang-undang berkenaan
untuk proses yang sebenar'